Malam

Malam, aku terjaga

Disinggah kantuk meski mata terbuka

Berjalan mundar mandir

Memikir beban hari esok

 

Aku lelah

Penat dan putus asa

Menghadap beban nista

Menepis piutang banyak terlupa

Gelap mata memejam

Hilang tumpu terkejang

Masih belum berjumpa

Kaedah keluar dari semua bala

 

Malam

Adakah engkau dengar

Keluhan lelaki yang berbicara ini

 

Malam

Sudikah engkau khabarkan kepada Bulan

Pesan padanya terangkan lagi cahayanya

Kerana lelaki ini perlulah suluhan

Untuk terus berjalan                 

 

Malam

Mampukah engkau khabarkan kepada awan

Cepatlah membunting di sini juga

Kerana lelaki ini perlukan basuhan

Untuk terus rasa segar

 

Ada orang bertanya

Mana datangnya ilham

Aku menjawab

Tiada arah datangnya

Ilham datang tidak bersurat

Malah tidak berbunyi

Gerangan ilham datang

Sebenarnya bila engkau rasa

Hati engkau sempit gelap-gelita.

 

Mesti engkau tertanya

Apa sambungan lelah dan ilham

Rupa-rupanya, engkau juga terlupa

Bahawa bila mana engkau berasa susah

Tuhan datang bawa cara

Dan cara itu, ilham selesai masalah tiada terasa.

Aku tidak marah engkau terlupa

Kerana pada akhirnya

Malam mengingatkan engkau

Betapa leka engkau menghadap bala dan bencana

Bagai tiada cerah pada hari esok.

 

S.H. X-VII-MMXX

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s