Mulia dan Hina

Terkadang kita buntu, Mahu diangkat apa di dalam doa? Perlukah disebut ini dan itu, Agar Tuhan mengutamanya? Bahkan juga dalam setiap doa itu juga, Kita menumpang mulianya Muhammad. Harapnya boleh diampun dan dikabul, Oleh Dia yang Maha Berkuasa. Walau Hamba ini mulia, Selalu terjebak di fikir, inilah yang hina. Berlaku baik di mata tuannya, BiarContinue reading “Mulia dan Hina”

Menyeksa Harapan

Hidup diasak penuh batuan, Bukanlah penghenti perjuangan. Kerana juangnya pedoman cinta, Hati duniawi sendiri cambahkan. Aku yakin kata manusia, Bahawa hati ini bentengnya kuat. Namun jika rasa gelojak tiada aral, Mampukah sukma menahan lagi? Jika sudah pengharapan diparut, Lalu dibiar melata tiada terpaut, Maka kekallah merosak Si Hati, Yang katanya menyeksa harapan. Biarlah peristiwa lamaContinue reading “Menyeksa Harapan”

Aku dan Kita, Bezanya Nama

Memimpin diri itu sulitnya aneh dari lain. Rahsia segala disingkap mudah tidak risik. Selalu mengerti musabab terjadi diri ini. Kerana hanya aku, mengenali aku. Menjadi aku itu pernah kukata, sulit. Berharap sempurna pasti tiada rencana. Namun kata berputus harap ratib Si Hati. Mahu menjelma menjadi yang lain. Manusia itu bicaranya tempuh. Hanya dia yang benar,Continue reading “Aku dan Kita, Bezanya Nama”

Berselindung di Sebalik Bayang Sendiri

Sesungguhnya apa yang disingkap, Itulah yang selama ini aku hijabkan. Menyedari diri ini lemahnya melangit, Aku takut, pantang memunculkan diri. Terkadang berserah itu pilihan yang ditawar, Kerana ditinggal itu bukanlah cara yang mudah. Mampukah aku kian bertahan, Untuk berselindung di sebalik bayang sendiri? Malah di saat ini diperkata juga, Aku masih belum bersedia, Menampil megahContinue reading “Berselindung di Sebalik Bayang Sendiri”

Tuhan, Aku Ragu

Pernahkah kita membayangkan, Bagaimana rupanya dunia tanpa kita? Bolehkah merai selesa menempuh? Kerana saat ini juga kita masih melepuh. Pernahkah terlintas di hati kita, Untuk menolak rasa bersama? Hanya kerana menganggap jelmaan itu benar. Jika benar, terlihatlah hati ini rosak. Selalu bermain di akalku, Untuk mendokong kendiri dan memaju. Namun ragu ke puncak dengan kemampuanku,Continue reading “Tuhan, Aku Ragu”