Mencabar Bumi

Aku kira, situasi kita ini tidak biasa. Jalani hidup penuh rasa bersalah. Bukanlah pilihan yang kita impikan. Berharap sinar baru mengabur pemerhatian. Selalu sahaja kamu mencabar Bumi, Dengan tingkah tidak memerihal. Memaksa jiwa dan rasa gelojak. Berontak seiring gempa melangit. Biasalah manusia sering melulu. Harga dan nilai bersifat duniawi. Menjadi ikutan pemuja kekasih. Musnahnya cintaContinue reading “Mencabar Bumi”

Luka yang Belum Sembuh

Aku tahu amat payah meneka hati kita, Di saat dua-duanya baru melecur luka. Boleh jadi sembuh itu cepat sempurna, Bahkan mungkin lukanya memparah lagi. Perlukah untuk kita menerangkan lagi? Di saat kedua-duanya sudah mengerti, Perih, pedih, khianat dan meracunnya cinta. Sedia hati menjadi saksi gagalnya bahagia. Melangkah pergi jauh tunggalnya pilihan. Meninggalkan kesan langsung tiadaContinue reading “Luka yang Belum Sembuh”

Menjadi Aku Itu Sulit

Menjadi aku itu sulit. Bahkan mencuba sahaja perlu tenaga luar biasa. Semuanya kerana menunggu kamu. Penantian, yang diketahui umum, amat memenatkan. Namun menurutku, semuanya ada harga dan nilai. Satu rahsia yang belum aku ceritakan, Semua penungguan yang aku lakukan, Bermula dengan merasa tidak sia-sia. Kiranya kita semua memerlukan waktu, Untuk membetulkan segala khilaf dan salah.Continue reading “Menjadi Aku Itu Sulit”

Jika Kamu Tidak Melupa

Bagi aku, kehilangan mengajar makna kesediaan. Di dunia yang penuh dengan kejutan, Menggenggam Bulan pun tiada aneh mustahilnya. Intinya, bersedih dalam kesiagaan itu lebih bijak daripada sebaliknya. Namun, bicara soal kehilangan ini, Tak mampu aku nafikan aku merinduimu. Kamu yang selalu ada membenar wacanaku. Kamu yang menadah telinga mendengar puisiku. Aku sering menganggapmu Mahadewi. YangContinue reading “Jika Kamu Tidak Melupa”

Cinta

Berbicara cinta itu boleh jadi indah bagi ramai orang. Bahkan ada yang bermati-matian mempertahankannya. Justeru aku sendiri, cinta sejati itu tinggilah sulitnya. Mungkin sahaja inti perasaan itu belum aku temui. Perlukah aku soalkan, cinta itu pentingnya apa? Boleh jadi semua orang melawan kata-kataku. Malah sekarang aku sendiri ragu-ragu dengan kebijakanku. Bayangan berpasangan menjadi igauan burukContinue reading “Cinta”