Misteri

Kata orang, sering berjumpa bukan tanda kemesraan. Tetapi sungguh hati ini ingin mengatakannya tidak benar. Bahkan aku dan engkau sering juga bersemuka. Hanya cuma pertemuan kita tak terduga, tak teramal. Boleh sahaja aku nyatakan kamulah wanita misteri. Sering meluah, merasa dan mengerti. Dan ternyata kamu yang mendokong aku di belakang. Cuma mungkin kamu sendiri tidakContinue reading “Misteri”

Cenderahati Percintaan

Ingin sekali aku katakan kepada dunia, Bahawa pentingnya aku tempatkan kamu. Teriakan di gunung tertinggi hasrat aku tanamkan, Biar ke bintang jauhnya warkah disampai. Tiba-tiba langkah ini terhenti. Tersedar warasnya aku sudah hilang. Mana mungkin kita berjumpa lagi? Bahkan sekarang juga kita saling melupakan. Biasakah jika dikatakan aku mencintai kamu? Atau sebenarnya cinta itu hanyalahContinue reading “Cenderahati Percintaan”

Bulan Itu Lebih Aku Sayang daripada Kamu

Mungkin sahaja cerita yang disutradarai aku ini tidak menarik minatmu. Tiada apa hakikat yang bakal berubah dengan kehadiranku. Namun wajarkah dan untungkah untuk aku katakan, Bahawa Bulan itu lebih aku sayang daripada kamu? Mungkin juga kehadiran aku ini tiada makna besar, Bahkan hadirnya hati ini ialah kesilapan. Akankah kamu menghalang aku daripada pergi, Atau iniContinue reading “Bulan Itu Lebih Aku Sayang daripada Kamu”

Cinta, Rindu dan Kehilangan

Apa katamu tentang cinta? Pastinya perasaan sayang yang disimpan. Kataku pula, cinta itu memori indah. Sedangkan memori itu Mahakarya Agung. Apa katamu pula tentang rindu? Mungkin rasa kehilangan yang memendap di hati. Aku berpandangan rindu itu satu kewajipan, kerana memilih tidak rindu itu jauh lebih berat. Bagaimana rasanya kehilangan? Menganggap orang yang tiada satu kebenaran.Continue reading “Cinta, Rindu dan Kehilangan”