Kecapi Pilu

Sedih aku mungkin sepi, Belum terpecah pekung di sisi, Namun jika di neraca kecewa, Pasti aku pemenangnya. Menanam harap pasti sesal, Kerana tuannya terima bukan abadi, Boleh jadi hari ini gian mengasuh, Esok-esok terus berubah rapuh. Nada dan melodi cinta, Tidak boleh diterjemah notnya, Kerana sifatnya cinta itu, Zahir di samaran, tidak pernah nyata. AndaiContinue reading “Kecapi Pilu”

Membenci Cinta

Tabiat memerhati cinta terperi, Melengkap semua rasa di hati. Berharap agar fikirannya selari, Oh, seindah sejoli, menarik bukan? Jalan iringin berdua di taman, Berkongsi apa jua kisah dipahat, Daripada beberapa butiran cinta, Menjadi keyakinan hidup bersama. Asmara yang dijalin setara, Cukup menjelaskan betapa hebatnya, Pasangan merpati menjadi realiti, Mengharap segalanya melonjak girang. Ah, sungguh berhalusinasiContinue reading “Membenci Cinta”

Sahaya Pemalsuan

Mahligai kesepian dan kebisuan, Itulah pelabuhan bagi kita, Yang selalu menyalah silang, Asyik meronta meminta lepasan. Belenggu kasih yang belum tamat, Masalah terbesar bagi penunggu ihsan, Kerana semuanya kita belum selamat, Menjadi sukarelawan pengkhianat tautan. Payah benar wacana tertamat, Fikiran itu sepertinya kunci rapat, Bahkan tumpuan hilang kerana manisan, Oh, sungguh gila, bodoh, dan naif.Continue reading “Sahaya Pemalsuan”

Mimpi Buruk

Jika barah dan perpisahan, Alamatnya perih dan pedih, Bolehkah untuk aku anggapkan, Mimpi buruk adalah racun lagi? Sungguh rasa bermimpi buruk, Bukan rasa tawaran jika diberi, Jasad terpisah sekala sedar, Bahkan pedoman langsung terurai. Bahkan diriku merasa sakitnya, Dipaksa hidup realiti separa, Maksud dizahir hanyalah rupawan, Bukan menenang bahkan menenggelam. Di kala kebenaran lagi disingkap,Continue reading “Mimpi Buruk”

Memberi Kerinduan Sebuah Harga

Turutan kata bersulam kesal, Lemparan bertalu menjadi pilihan, Itulah kamu, ketika aku di sini, Juga hilang arah, tujuan dan roh. Ah, peliknya tiadalah, Percandaan ini jelaslah amat, Kataku, manakan jadi pisahnya kita, Yakin bertakhta selalu teratak kita. Namun selalu sahaja yang bodoh itu aku, Tiada endah langsung petanda apa, Bakal menyempadan bukan darat, Malah batinContinue reading “Memberi Kerinduan Sebuah Harga”