Bintang di Langit

Sungguh banyak butiran malam, Yang kian menzahirkan sorokan, Bahawasanya sungguh aku di sini, Sentiasa mencintai kamu yang lama. Selalu dipertikai betapa geranganmu, Hebat membuat aku terpukau, kesima, Susahnya aku berada di kesempitan, Tidak menyeksa, bahkan riangan tawa. Suluhan rembulan selalu mengejutkan, Sesungguhnya yang baik itu kamu, Tersebut, akulah yang hina, tercela, Sikap ini membunuh dirikuContinue reading “Bintang di Langit”

Takut Pergi

Sungguh dibenci hati ini, Kiranya meninggalkan semua, Telaah dahulu bukan juga caranya, Bahkan mungkin jejaknya hilang. Cukup berkeringat jika difikir, Bahkan hampir mati diingat, Bahawa sudah sampai masanya, Tersebut maktub perlu pergi. Perlukah dikatakan lagi, Memisahkan dua pihak yang bersekali, Ibarat mengasing air dan pantai, Mungkin warasnya hilang dibawa arus. Masih difikir betapa kuatnya kita,Continue reading “Takut Pergi”

Melengkap Kesunyian

Mungkin sebenarnya memang sulit, Bagi sesiapa pun di dunia ini, Mahu mengisi sunyinya hati kita, Yang kekosongan tanpa berita. Mungkin tidak mudah jika kita, Menghilang kekecewaan yang wujud, Akibat percaturan tidak lengkap, Yang akhirnya memakan sukma kita. Mungkin juga tiada jalan untuk kita, Merasa adanya kita membaik dunia, Kerana belum mampu menerkam, Liku-liku duri yangContinue reading “Melengkap Kesunyian”

Meletak Taruh Tanpa Ramalan

Mencinta itu harapnya semua, Disayang keberadaan menjadi pengubat. Impian bersama itu amatlah utama, Nescaya sedar kita sentiasa ada. Namun katanya memanglah sifat, Mudah juga madah bertutur cinta, Belum endah kesan memberi harap, Kerana keliru pasti sendiri perangkap. Mungkin tiupan angin malam ini, Memberi seribu lagi harap kita, Agar membersih kotornya cinta, Yang direka bagi mudahnyaContinue reading “Meletak Taruh Tanpa Ramalan”

Belum Tentu Salahnya Dunia

Pasti aneh dan ganjil jika aku katakan, Semua yang berlaku puncanya aku, Yang selalu mengingin lebih dari kala, Namun tak letih merosak lalu membiar. Mengakui salahnya diri mungkin mulia, Dalam hal bicara begini gelisah, Aku tidak mengubah maksudnya serik, Selalu beranggap salah namun mengangkuh. Kita belum merasa samanya kehinaan, Kerana tidak sampai merosak diri, HanyaContinue reading “Belum Tentu Salahnya Dunia”