Pada Penghujung Jun

Pada penghujung Jun Kudrat aku sukar dihitung Bandingan seksa menghadap dunia Yang perubahannya memakan sabar. Di saat aku menulis ini, Aku hampir mengerti kukira, Bahawa sekiranya jika tidak diperkasa, Rasa dan cinta akan pudar juga. Tatkala aku mulai bosan, Dengan rasa yang pernah aku tanamkan, Aku yakin sakitnya bukan di bawah dada ini, Tetapi diContinue reading “Pada Penghujung Jun”

Inkarnasi Tidak Berpenghujung

Siapa sahaja yang mampu sangka, Bahawa tatkala hati ini pecah dan hancur, Mampu hati ini kembali menjadi satu, Bahkan hilang segala bekas cacat itu. Sekiranya segala yang dibuat hari ini, Menjadi beratnya membenci, Pasti terpalit juga baiknya dahulu, Memastikan kemaafan memuncak sendiri. Pernah aku fikir tentang itu, Iaitu betapa manusia mudah melupa, Namun jika sifatContinue reading “Inkarnasi Tidak Berpenghujung”

Kidung Rindu

Aku memilih untuk berdiam, Sekiranya yang diharap menjadi lesap, Kerana takrifan dunia aku mengerti, Seadil dunia tiada daya memuas nafsu. Andai dihajat tiada salahnya, Kenapa tidak ditunai wahai Tuhan? Ampun aku pinta kerana angkuh, Mungkin belum mengerti rencana-Mu. Mungkin juga tidak diniat memahami, Hanya sekadar perhiasan kesyukuran, Kerana yang sempurna bukan aku, Dan kekal sempurnaContinue reading “Kidung Rindu”

Menutup Mata

Bersedia atau tidak, Aku yang kita ketahui ada, Akan menghilang dari pandangan, Saat segala-galanya telah selesai. Kisah sedih bukan tujuan aku maklumkan, Namun hanya sekadar membicara yang benar, Kerana tidak mungkin aku masih digantung, Oleh bayangan kesepian buat-buat aku itu lagi. Mungkin juga benar soal kesepian itu, Namun tidaklah mengubah apa-apa, Diri aku yang kianContinue reading “Menutup Mata”

Andai Aku Bukan Lagi Sebabnya

Andai aku bukan lagi sebabnya, Untuk kamu tersenyum bahagia, Maka anggaplah roh nurani aku pergi, Kerana tak mampu menahan dunia. Ya, jalinan cinta yang baik itu ada, Sayangnya menjamin cinta, temberang banyaknya, Tetapi jika aku berjaya mengunci rasa itu, Maka hendaklah kamu tahu aku telah mati. Sesiapa berani menuduh aku kecewa, Jika berlaku perpisahan ini,Continue reading “Andai Aku Bukan Lagi Sebabnya”

Apabila Tubuh Mengkhianati Jiwa

Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih sakit rasanya daripada dikhianati. Sesuatu itu bermula apabila dirimu bertindak mengkhianati jiwamu sendiri. Ya, seperti sekarang, yang mana mungkin aku dan kamu sedang merasainya. Bagaimana sifat dan keadaan tubuh mengkhianati jiwa itu? Tidakkah kedua-dua unsur ini berpadu? Semuanya berlaku jika kamu tidak merelakan semua yang berlaku. Maka atas sebab ituContinue reading “Apabila Tubuh Mengkhianati Jiwa”