Telah Aku Putuskan

Ingin hatiku ini bertanya padamu, Selesakah hidup begitu rupa? Dalam keadaan aku tersedia menunggu, Namun tidak diendah, seperti tiada harga. Mungkin makan waktu penantian ini, Bermula dari pintu hatiku terbuka, Pada hari bersejarah itu, Sehingga kini, tetap aku terkandas dibuli rasa. Niatku ini telah dilemahkan begitu sahaja, Oleh susuk tubuhnya yang kian kekal, Berada dalamContinue reading “Telah Aku Putuskan”

Kesaktian Penantian

Dikatakan orang banyak, Menunggu waktu yang sesuai itu, Penyeksaan terhebat umat manusia, Kerana tak mampu menilai jauh itu. Begitulah di mana aku di sini, Menongkah segala pandangan ramai, Dengan terus menadah ke langit, Memohon ketibaan kamu kembali. Di pangkuanku ini pernah kamu katakan, Bahawa tidak pernah sekali pun terluka, Hati itu kerana kurangnya aku, YangContinue reading “Kesaktian Penantian”

Malam yang Dirindui

Malam ini, biasalah tempat aku di sini, Memandang rembulan tidak berdekatan, Walau kuseru semangat rembulan itu, Tidak kesampaian menutup rindu ini. Berpeluk tubuhku menunggu yang dahulu, Apabila pernah kita berjanji setia, Untuk terus ada untuk kedua-duanya, Walau apa jua ombak yang membadai. Namun, bukanlah salahmu hal ini berlaku, Yakni perpisahan menyayat hati banyak orang, KeranaContinue reading “Malam yang Dirindui”

Jangan Pergi, Malam

Tatkala bola mataku memerhatikan bulan, Perasaanku tenang tidak terperi, Dek kerana keindahan objek cakerawala itu, Fikiranku terbang bersamamu. Ramai di sini mengatakan bermacam-macam, Bahawa kegilaanku memuncak tinggi, Apabila aku katakan yang ditunggu, Itulah engkau, mahadewi pujaanku. Sayang sungguh aku terhadap malam ini, Dapatku merasakan kehadiran jiwamu, Setelah berpenat lelah di siangnya, Oh, mungkin telah butaContinue reading “Jangan Pergi, Malam”

Sudikah Engkau Menjadi Perisaiku?

Mohamad Asman bin Mohd Aminjum Untuk Am, yang selalu ada sebagai watak utama dalam ceritaku. Kesunyian makmal biologi tidak menandakan isinya kosong. Hamsan yang dari tadi duduk bertenggek dengan teliti memerhatikan tindak balas antara buah pelaga atau nama ‘bijak’nya, Elettaria cardamomum dengan asid cair. Naim yang duduk di sebelah buat-buat menguap sahaja melihat telatah HamsanContinue reading “Sudikah Engkau Menjadi Perisaiku?”