Mereka Kebahagiaan

Walaupun sejuta rekaan alasan, Tetap kutahu asalnya, Kerana telah berkali-kali kuamati, Betapa hebat kamu menimbul musabab. Jika berterusan menghambur penipuan, Tiada lain mampu kamu kuanggap, Melainkan Sang Pendusta penuh jawapan, Hanya demi mengelak yang dienggankan. Andai terus kamu begini, Ketahuilah kutetap menyayangimu, Cuma terkadang taktertahan juga, Apabila maruahku diparaskan bersama dina. Cukuplah aku merungut kecewa,Continue reading “Mereka Kebahagiaan”

Kukorban Jiwa di Samping Tertawa

Walau belum hati ini percaya, Akan kekuatan cinta ini, Tetap digenggam tekad dalam dada, Bahawa dijaga hati, dibelai rasa. Namun, takseperti yang dibayangkan, Dek mahu melengkapi semuanya, Hampir terjerlus dalam sebelah kaki, Ke dalam hampa keterpaksaan. Sempat juga aku menoleh, Disaksi bayangan gelap keyakinan, Terhadap suatu rasa yang dihiaskan, Dengan pengharapan hebat Sang Manusia. DemikianContinue reading “Kukorban Jiwa di Samping Tertawa”

Mengorbankan dan Meninggalkan

Walaupun cinta itu — yang aku dengari, Perlu sesuatu sebagai korban, Agar terbukti jelas hadir rohnya, Tetap tidak aku jadikan sebagai tanda. Kerana ada waktunya cinta tidak jelas, Seperti kesamaran subuh menanti pagi, Hanya yang arif mengenal fajar, Pastinya bukan aku mahir cinta itu. Sungguh tidak ingin aku pergi, Dari pedati yang membawa diri, MenyelusuriContinue reading “Mengorbankan dan Meninggalkan”

Ikrar Janji

Di tepian pusara ini, Terjelma segala kenangan, Yang pernah menghiasi, Suratan kebersamaan. Tatkala pemergian ini tiba, Telah kubayangkan, Betapa taktermampuku, Melupa ikrar janji kita. Saat inilah jua, Kuterasa kesunyian malam, Bagai menusuk ke teras terdalam, Peti ingatan yang terkunci. Kumeminta bayu ini, Meragut jauh segala pedih, Mengering pulih segala luka, Agar termampu kutahan. Untaian kataContinue reading “Ikrar Janji”