Aku dan Kita, Bezanya Nama

Memimpin diri itu sulitnya aneh dari lain.
Rahsia segala disingkap mudah tidak risik.
Selalu mengerti musabab terjadi diri ini.
Kerana hanya aku, mengenali aku.

Menjadi aku itu pernah kukata, sulit.
Berharap sempurna pasti tiada rencana.
Namun kata berputus harap ratib Si Hati.
Mahu menjelma menjadi yang lain.

Manusia itu bicaranya tempuh.
Hanya dia yang benar, hanya dia yang terpaling.
Bukan satu, namun segala halnya.
Menggantung lainnya boleh memati.

Tuhan, aku ini sebenarnya bingung,
Boleh sahajakah kau menghapus,
Semua rasa yang mengangkuh manusia?
Biar tunjukkan sahaja siapa kita semua.

Tidak apalah jika Tuhan kehendaknya lain.
Rencanaku sendiri aku majukan tiada.
Harap manusia itu lebih sedar,
Bahawa aku dan kita, bezanya nama.

Manusia, cukuplah. - jika kamu belum mengerti

S.H. XX-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *