Andai Aku Bukan Lagi Sebabnya

Andai aku bukan lagi sebabnya,
Untuk kamu tersenyum bahagia,
Maka anggaplah roh nurani aku pergi,
Kerana tak mampu menahan dunia.

Ya, jalinan cinta yang baik itu ada,
Sayangnya menjamin cinta, temberang banyaknya,
Tetapi jika aku berjaya mengunci rasa itu,
Maka hendaklah kamu tahu aku telah mati.

Sesiapa berani menuduh aku kecewa,
Jika berlaku perpisahan ini,
Akan sumpah dengan namanya dunia,
Bahawa telah aku jangkakan sisi gelapnya.

Dalam ketika menyusuri keindahan hati,
Siapa sangka boleh terlingkup kembali,
Keadaan luka kecil menjadi tanda
Bahawa penyesalan depan lebih menyeksakan.

Sekiranya pesanan aku benar,
Atau mungkin benar dinafikan,
Masing-masing mengetahui pasti,
Yakni perpisahan itu sifatnya melali.

Di kala aku menjadi jahat pada matamu,
Bahkan melihat sahaja memerlukan pertimbangan,
Ketahuilah kekesalan aku sudah berhenti,
Ketika kita mula-mula berkongsi rasa.

Boleh jadi ada yang lain menjadi dorongan,
Bahawa tempatku perlu diganti,
Maka kutitip pesanan damai,
Kita semua sedia dikecewakan.

Atau curiga kamu memuncak tinggi,
Bagai hilang puncaknya daripada pandangan mata,
Aku pasti penjelasan bukan lagi penawar,
Tetapi penambah kebencian, kejijikan.

Tidak ditolak rosak kerana sayang,
Kerana mungkin tawaranmu dianggap tidak bermakna,
Meskipun perpisahan tetap berlaku,
Kamu perlu tahu, pertimbanganku jauh lebih sempurna.

Disusun rapi segala persediaan,
Agar kelak sembuhnya cepat,
Sama-sama menjejak kebahagiaan,
Itulah tonggak hidup berperasaan.

Sekiranya terjadi juga kejadian yang dibenci,
Namamu, tidak pernah lekang aku sembahkan kepada Tuhan.

S.H. V-VI-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *