Andai Semakin Dekat Lebih Seksa

Zahirkan kepadaku tentang sesuatu,
Yang boleh membuatkan aku lupa,
Akan kamu yang pernah dibayangkan,
Sebagai permaisuri abadi hatiku.

Kini, kuterasa jauh daripada pelukanmu,
Yang dulu pernah menghangatkan hati ini,
Sebaik sahaja dakapan mencapai,
Kurasa tenang, selesa dan selamat.

Sungguh tak terasa suasana itu,
Saat aku mula menjengah yang lain,
Jengkel didengari betapa aku,
Terlalu menginginkan kembali yang dahulu.

Saat aku tinggalkan segala-galanya,
Kugenggam harapan sebesar gunung,
Bahawasanya saat kupulang nanti,
Kita bersedia meneruskan hidup berdua.

Terima kasih kerana mendustakan itu,
Jika tidak, hampir tidak faham aku mengenai dunia.
Kufikir keputusanku tidak lagi nilainya,
Kerana kamu lebih mengetahui hatimu.

Andai semakin dekat lebih seksa,
Mungkin benar, aku kembali sebagai seseorang tiada makna.

S.H. XXV-IX-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *