Aroma Hidup

Tatkala ketidakberdayaan hidup menerpamu,
Mungkin belum sempat kamu meneliti semua –

Menjelajah bumi dan seisinya,
Meneroka lautan suratan berbaur ilmu,
Menterjemah duka di balik pena,
Menyelusuri seni seorang bernama manusia,
Melewati payah gerombolan peminta,
Mengenang kembali ingat-ingatan,
Menjalin semula cinta belum terkotakan,
Mengkhabarkan hebat suci cinta itu,
Mendampingi malam gelita bermakna,
Menerobos dinding-dinding mimpi indah,
Memohon Tuhan mengampun cacat-cela,
Membalikkan hati yang ditimpa ketulahan,
Memikir falsafah hidup lelaki berguna,
Mentafsir sebab dilahirkan sebagaimana ini,
Mentahkik nikmat dunia tidak terlama,
Merawat jiwa luka segala,
Mengertikan makna cinta diabadikan,
Memberi laluan meninggalkan dunia.

Lantaran itu, lakukanlah segala bermacam yang berinti di fikiranmu,
Kerana aroma hidupmu lebih resi jika seluruh waktu dimaknai.

S.H. XXX-VII-MMXXI
*Ditulis oleh Mohamad Asman pada tahun 2021 bagi Pertandingan Sayembara Puisi Minggu Cinta Sastera anjuran USIM Writer's Pool.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *