Aku sering duduk termangu, Sambil menghirup cangkiran kopi, Acah-acahnya berfalsafah hidup, Ingin mengerti tabii zat bernama hati. Awalnya aku pun tidak menyedari, Bahawa terlalu cepat memberi kasih, Sehingga disangkakan inilah cinta abadi, Meski baru dua tiga langkah dibalas. Namun, setelah bertemu yang satu ini, Fikiranku berubah tujuh penjuru kelilingnya. Rasa ini bagai membisik jalinan kata,Continue reading “Adakah Rasa itu Begitu Menyeksakan?”
Author Archives: mohamadasman
Saat Cinta itu Telah Mati
Tidak mungkin aku berbohong lagi, Mengenai apa-apa jua isi hati ini, Bahawa kamu pernah menjadi suri, Di atas takhta pemilikan seorang insan. Namun, akulah yang bersalah semua, Atas membiarkan rasa itu tumbuh tanpa airnya, Sehingga dibinanya mahligai kepalsuan, Yang bukan kamu sahaja; aku tertipu sama. Pernah cinta itu menjadi saksi, Kedua-dua insan ini menjalin bicara,Continue reading “Saat Cinta itu Telah Mati”
Tahun Baharu 2023
Permulaan tahun baharu tidak lain hanyalah sebagai petanda bahawa sebanyak 365 hari telah berlalu sejak kita mengulangi azam kita untuk mengecap hari-hari yang lebih baik. Sebagai tanda refleksi, sudah tentu banyak yang telah berubah sejak detik itu. Teramatlah kita syukuri nikmat kehidupan ini kerana daripada kurniaan Tuhan itulah kita mampu melihat sejuta ruang kebaikan yangContinue reading “Tahun Baharu 2023”
Menjadi yang Pertama
Sering kali terlupa dan tersilap, Bahawa melihat bukan tanda cinta, Bahkan menegur hanya basahan bicara, Yang kebanyakan kita, atau aku, keliru. Aku pernah berdiri lemah di hujung rasa, Meratap kesilapan aula lalu, Yang menghanyut diri ke pinggiran kesal, Sehingga mata dibutakan oleh hilang asa. Kemudian, aku kembali pula berharap, Agar hati ini mudah terawat lukanya,Continue reading “Menjadi yang Pertama”
Kepudaran Cinta
Terkadang aku ini pernah berhenti, Di persimpangan tajam antara dua haluan, Antara menjadi diri sendiri, Atau bersedia menjadi abdi sang pengarah. Sudah pasti kalian mengatakan aku gila, Kerana tidak pernah mencuba berhenti, Daripada menurut sahaja kata dia, Sehingga menjalar kekesalan dalam jiwa sendiri. Namun aku berharap dapat berfikir lain. Aku bukanlah tidak mempertuankan diri, BukanContinue reading “Kepudaran Cinta”
Derapan Rindu
Terasa janggal jari ini memetik kekunci, Yang pernah menjadi samudera idea, Terhadap seharian kisah berita, Tentang aku dan mereka. Kulayangkan pandangan ke sini, Dengan harapan membawa cerita baharu, Terkait bagaimana hebat aku telah jatuh, Ke dalam lembah rindu yang menyeksakan. Telah kuulang takterkira banyak, Bahawa aku tidak mampu menahan sebak, Mengenangkan jauhnya jarak kita, MeskipunContinue reading “Derapan Rindu”
Kita yang Terlupa
Dalam mengejar segala yang dihajatkan, Sejuta kudrat lagi pun akan aku bentangkan, Kerana keyakinanku teguh akan balasan, Bahawa yang baik kembali kepada asalnya. Sekiranya dibicarakan dengan tulus, Ketenangan abadi itu takterdapatkan, Kerana sering aku mengusap kepala, Cuba menelan segala kekecewaan. Dengarlah bagi yang masih berkefahaman, Selalunya kita terlupa jauh, Bahawa dunia yang seisinya ini, BukanlahContinue reading “Kita yang Terlupa”
Dicarik Harapan dan Kepercayaan
Setiap langkah yang telah aku lalui, Sebenarnya banyak mengajar aku, Tentang betapa luasnya rasa kecewa, Terhadap setiap usaha yang tidak dibalas. Hanya aku sahaja yang mungkin, Dapat menterjemah segala duka, Ke dalam bentuk penyesalan, Terhadap manusia yang banyak mengecewakan. Namun aku sering alpa dan terlena, Bahawa sesungguhnya bukan diri ini sahaja, Yang dicarik harapan danContinue reading “Dicarik Harapan dan Kepercayaan”
Pelangi yang Pudar
Tatkala perpisahan itu terjadi, Linangan air mata telah kuzahirkan, Kerana taktertahankan akan sakitnya berlainan arah, Sedang aku masih menyimpan cinta yang kita ukir. Ingin sahaja aku katakan kepadamu, Bahawa sesungguhnya tidak pernah aku merasa sunyi, Laksana kesunyian yang menimpaku kini, Dek kerana kita telah membawa haluan yang berbeza. Andai kamu mampu merasa keganjilan hati ini,Continue reading “Pelangi yang Pudar”
Sudikah Diri Ini Tetap Ada?
Jika ditanya mengenai sayang, Aku lebih rela menghitung tekun, Tafsiran dunia mengenainya, Kerana aku juga jahil membuah keterangan. Saat pertama kali kita bertemu, Itulah yang kuanggap tidak serius, Dalam menilai pelbagai rasa, Yang menjengah tiada dihentikan. Kini pula aku terus-menerus mengukir cinta, Daripada semangat timbulan kali pertama, Yang berhasil menjadikan aku ini, Lentera terang hidupContinue reading “Sudikah Diri Ini Tetap Ada?”