Ternyata aku juga tersilap,
Dalam menilai keikhlasan jiwa,
Manusia yang di hadapan banyaknya,
Takterbeza antara mahu dan perlu.
Sesungguhnya telah kuikrarkan hati,
Untuk berjuang seluruhnya,
Bagi membenarkan rasa ini,
Agar disaksikan oleh seroja bertebaran.
Kendatipun begitu, aku juga habis asa,
Untuk melancarkan pembuktian ini.
Mungkin kerana dijanjikan syurga di dunia,
Keluhan sejuta belum pasti tertunai.
Manakala semudah itu kamu menilai,
Jarak nyata aku dan berputus asa,
Atas cinta yang ditintakan ini,
Dengan zat keduniaan mafhumnya.
Ingin sekali kutegaskan,
Cinta ini berangka balasannya.
S.H. V-II-MMXXII
Related