Berselindung di Sebalik Bayang Sendiri

Sesungguhnya apa yang disingkap,
Itulah yang selama ini aku hijabkan.
Menyedari diri ini lemahnya melangit,
Aku takut, pantang memunculkan diri.

Terkadang berserah itu pilihan yang ditawar,
Kerana ditinggal itu bukanlah cara yang mudah.
Mampukah aku kian bertahan,
Untuk berselindung di sebalik bayang sendiri?

Malah di saat ini diperkata juga,
Aku masih belum bersedia,
Menampil megah membicara wadah,
Kerana jiwa aku, pernah diajar begitu.

Ada perkara yang aku pelajari,
Setelah sekian terhimpit dan dirosak,
Manusia itu sifat puasnya berkala,
Kira engkau memerlu, mereka membawa pilu.

Kuatkan, bangkitlah.
Kita saling memerlukan.

S.H. XVIII-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *