Bulan Itu Lebih Aku Sayang daripada Kamu

Mungkin sahaja cerita yang disutradarai aku ini tidak menarik minatmu.
Tiada apa hakikat yang bakal berubah dengan kehadiranku.
Namun wajarkah dan untungkah untuk aku katakan,
Bahawa Bulan itu lebih aku sayang daripada kamu?

Mungkin juga kehadiran aku ini tiada makna besar,
Bahkan hadirnya hati ini ialah kesilapan.
Akankah kamu menghalang aku daripada pergi,
Atau ini kesempatannya untuk bebas daripada segala belenggu?

Bahkan juga kamu ialah bidadari sementara,
Walau anggapanku kamu sebahagian daripada jiwa.
Mungkinkah perasaan ini akan dilaburkan,
Menjadi peniti kasih sayang abadi untuk kita?

Meski segala masa dan kudrat aku sembahkan buatmu,
Hanyalah sebagai pendokong rahsia kamu.
Katanya orang aku cuma penasaran,
Jika sekurang-kurang menganggap bahawa aku ada, akan kamu lakukan.

Kesal itu tiada perlunya.
Bahkan dunia ini berubah,
Begitu juga kamu.

S.H. XIV-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published.