Catatan Kuarantin 1

Lepas aku dapat tahu yang ada kes positif COVID-19 dekat masjid semalam, aku dengan Alif Syafiq ambil keputusan untuk buat ujian swab hari ni yang Pejabat Kesihatan Daerah Rompin buat, khas untuk jemaah yang hadir ke masjid dalam tempoh terdekat ni. Kebetulan pula dalam minggu lepas, beberapa hari juga aku pergi ke masjid.

Lepas aku dengan Alif buat ujian swab, aku terpaksa pakai gelang sebab bergejala walaupun bukan kontak rapat kepada Si Fulan. Jadi bermulalah episod perintah kuarantin 14 hari aku di rumah. Sepanjang hari ni, aku hanya ceria dan buat macam biasa, sebab fokus aku ialah bila keputusan keluar dalam dua atau tiga hari lagi. Dengan gelang yang aku pakai, tidak memungkinkan aku untuk keluar.

Gelang kuarantin dari hari ini hingga 30 Ogos 2021

Aku harapkan semua yang buat ujian swab hari ni dan esok bebas daripada sebarang jangkitan COVID-19, termasuklah aku dan Alif. Walaupun mengalami sedikit gejala, aku harap tidak dikaitkan dengan COVID-19.

Andai termampu kulihat luarnya,
Ingin kusingkap rahsia sulitnya,
Kerana yakinku penuh besar,
Bahawa rahmat Tuhan memayungiku.

S.H. XVI-VIII-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *