Secangkir Perhatian

Jika perlu jeritan memayungi bumi, Atau surat tulisan penuh peti, Akan aku usahakan semua itu, Hanya demi pesananku didengari. Lihatlah merpati terbang tinggi, Dalam lubuk hatinya tidak terbeban, Terhadap segala yang menyelubungi, Hati manusia yang kian sepi. Atas nama zat Tuhan yang memahami, Aku berharap kegetiran hidupku didengari, Oleh pelosok manusia yang mempunyai hati, AndaiContinue reading “Secangkir Perhatian”

Bola Cakerawala

Jika dikumpul segala bola cakerawala, Dan ditimbang pada neraca perasaan, Pasti ada yang boleh menandingi, Andai sebentuk cintamu dikira. Walau aku tidak berada di sisi, Aku percaya kekuatanku merentas udara, Bagi menumpatkan hatimu itu, Agar kamu terus berdiri teguh. Sangat tidak benar jika cintamu dikira, Kerana segala-galanya tidak terhingga. Andai dipilih antara perhatian dan dunia,Continue reading “Bola Cakerawala”

Regenesis (Genesis Semula)

Utara, 1998 – Valerie masih empat kaki tingginya, tatkala dua telinganya menangkap segala keroncong, antara dua hati yang sedang dieratkan semula, meski pemahaman itu kabur. Timur, 2008 – Kedua-dua daripadanya pergi, sangkaan meleset. Dia mengatur langkahnya, hirauan terhadap rayuan itu tiada. Neraca fikirannya pasti berkata – harapan ialah milikmu! Sedang kekejaman nafsu membunuh ketenangan itu.Continue reading “Regenesis (Genesis Semula)”

Pada Penghujung Jun

Pada penghujung Jun Kudrat aku sukar dihitung Bandingan seksa menghadap dunia Yang perubahannya memakan sabar. Di saat aku menulis ini, Aku hampir mengerti kukira, Bahawa sekiranya jika tidak diperkasa, Rasa dan cinta akan pudar juga. Tatkala aku mulai bosan, Dengan rasa yang pernah aku tanamkan, Aku yakin sakitnya bukan di bawah dada ini, Tetapi diContinue reading “Pada Penghujung Jun”

Inkarnasi Tidak Berpenghujung

Siapa sahaja yang mampu sangka, Bahawa tatkala hati ini pecah dan hancur, Mampu hati ini kembali menjadi satu, Bahkan hilang segala bekas cacat itu. Sekiranya segala yang dibuat hari ini, Menjadi beratnya membenci, Pasti terpalit juga baiknya dahulu, Memastikan kemaafan memuncak sendiri. Pernah aku fikir tentang itu, Iaitu betapa manusia mudah melupa, Namun jika sifatContinue reading “Inkarnasi Tidak Berpenghujung”