Jika Pilihan Itu Bukan Aku

Kesedaranku amat jelas tak terhitung, Tentang kedudukanku sebagai manusia, Yang hanya dagang di sekeliling kita, Tanpa membawa tawaran seindahmu. Sering kali aku berkira-kira, Bagai ahli matematik aku dihanyut, Tentang jangkaan penerimaanmu, Adakah akan aku diberi perhatian? Ditertawakan malah direndah-rendahkan, Tatkala penzahiran niatku memilikimu, Bahkan semua itu daripadaku sendiri! Malang sungguh menjadi aku ini. Aku berharapContinue reading “Jika Pilihan Itu Bukan Aku”

Dunia dan Keangkuhannya

Mungkin kali yang kesekian berapa ini, Perhitunganku salah lagi, Dalam menilai dunia dan keangkuhannya, Membuatkan aku terpaku menatap langit. Bicaralah ikhlas apa juga dimahukan, Aku hanya percaya satu dipinta, Bagaimana baik kamu mungkin tidak dikira, Hanya kesempatan diundang, tidak kamu dipilih. Terduduk di sini aku memikirkan khilafku, Antara berusaha mengejar kehendakku, Dengan terus menyepi hirauanContinue reading “Dunia dan Keangkuhannya”

Telah Aku Putuskan

Ingin hatiku ini bertanya padamu, Selesakah hidup begitu rupa? Dalam keadaan aku tersedia menunggu, Namun tidak diendah, seperti tiada harga. Mungkin makan waktu penantian ini, Bermula dari pintu hatiku terbuka, Pada hari bersejarah itu, Sehingga kini, tetap aku terkandas dibuli rasa. Niatku ini telah dilemahkan begitu sahaja, Oleh susuk tubuhnya yang kian kekal, Berada dalamContinue reading “Telah Aku Putuskan”

Kesaktian Penantian

Dikatakan orang banyak, Menunggu waktu yang sesuai itu, Penyeksaan terhebat umat manusia, Kerana tak mampu menilai jauh itu. Begitulah di mana aku di sini, Menongkah segala pandangan ramai, Dengan terus menadah ke langit, Memohon ketibaan kamu kembali. Di pangkuanku ini pernah kamu katakan, Bahawa tidak pernah sekali pun terluka, Hati itu kerana kurangnya aku, YangContinue reading “Kesaktian Penantian”

Malam yang Dirindui

Malam ini, biasalah tempat aku di sini, Memandang rembulan tidak berdekatan, Walau kuseru semangat rembulan itu, Tidak kesampaian menutup rindu ini. Berpeluk tubuhku menunggu yang dahulu, Apabila pernah kita berjanji setia, Untuk terus ada untuk kedua-duanya, Walau apa jua ombak yang membadai. Namun, bukanlah salahmu hal ini berlaku, Yakni perpisahan menyayat hati banyak orang, KeranaContinue reading “Malam yang Dirindui”

Jangan Pergi, Malam

Tatkala bola mataku memerhatikan bulan, Perasaanku tenang tidak terperi, Dek kerana keindahan objek cakerawala itu, Fikiranku terbang bersamamu. Ramai di sini mengatakan bermacam-macam, Bahawa kegilaanku memuncak tinggi, Apabila aku katakan yang ditunggu, Itulah engkau, mahadewi pujaanku. Sayang sungguh aku terhadap malam ini, Dapatku merasakan kehadiran jiwamu, Setelah berpenat lelah di siangnya, Oh, mungkin telah butaContinue reading “Jangan Pergi, Malam”

Lelah Itu Tidak Membawa Imbuhan

Ramai manusia hilang arah ketika menilai cinta. Terkadang digunakan neraca harta untuk memberi tempat kepada cinta. Mungkin juga digunakan neraca ikhlas, tetapi ingin aku tanyakan kembali kebenarannya, bagaimana tepat neraca ikhlas itu? Terkadang aku meratap perginya rasa cinta. Mungkin disebabkan pemikiranku yang kusut, jauh untuk menilai terlalu baikkah cinta itu untuk aku berbuat demikian. SedangkanContinue reading “Lelah Itu Tidak Membawa Imbuhan”

Secangkir Perhatian

Jika perlu jeritan memayungi bumi, Atau surat tulisan penuh peti, Akan aku usahakan semua itu, Hanya demi pesananku didengari. Lihatlah merpati terbang tinggi, Dalam lubuk hatinya tidak terbeban, Terhadap segala yang menyelubungi, Hati manusia yang kian sepi. Atas nama zat Tuhan yang memahami, Aku berharap kegetiran hidupku didengari, Oleh pelosok manusia yang mempunyai hati, AndaiContinue reading “Secangkir Perhatian”

Bola Cakerawala

Jika dikumpul segala bola cakerawala, Dan ditimbang pada neraca perasaan, Pasti ada yang boleh menandingi, Andai sebentuk cintamu dikira. Walau aku tidak berada di sisi, Aku percaya kekuatanku merentas udara, Bagi menumpatkan hatimu itu, Agar kamu terus berdiri teguh. Sangat tidak benar jika cintamu dikira, Kerana segala-galanya tidak terhingga. Andai dipilih antara perhatian dan dunia,Continue reading “Bola Cakerawala”