Menjelajahi Perhitungan

Mungkin tiada selalu aku menghitung, Semua khilaf, salah dan kerosakan. Namun tiada erti aku angkuh meliar, Cuma terkadang terjerumus menafi. Acap kali juga aku mencemburu, Semua yang ada kebalnya di sana, Menolak rasa, menapis rindu, Mungkinkah aku lemah tiada bicara? Atau selalu sayap juangku direpih, Bukankah itu mematah asa Sang Perwira? Maujudnya aku siapa menyaksi?Continue reading “Menjelajahi Perhitungan”

Lecur Merah Air Leganya

Menunggu balas itu perkara bodoh Bahkan mengharapnya sahaja tiada hasil. Kamu tahu manusia tiada penuh jiwanya, Selalu sahaja berkehendak lainnya. Bosan dan berpatah harap? Itu katamu wahai perosak bicara. Kataku, penyantun biadab, cukup, Hanya pernah membalas melebihnya. Jika itu peluang membaik luka, Apa perlunya lagi menunggu. Teruskan dan menyurailah, Mafhum hati berkehendak demikian. Jika pernahContinue reading “Lecur Merah Air Leganya”

Mulia dan Hina

Terkadang kita buntu, Mahu diangkat apa di dalam doa? Perlukah disebut ini dan itu, Agar Tuhan mengutamanya? Bahkan juga dalam setiap doa itu juga, Kita menumpang mulianya Muhammad. Harapnya boleh diampun dan dikabul, Oleh Dia yang Maha Berkuasa. Walau Hamba ini mulia, Selalu terjebak di fikir, inilah yang hina. Berlaku baik di mata tuannya, BiarContinue reading “Mulia dan Hina”

Menyeksa Harapan

Hidup diasak penuh batuan, Bukanlah penghenti perjuangan. Kerana juangnya pedoman cinta, Hati duniawi sendiri cambahkan. Aku yakin kata manusia, Bahawa hati ini bentengnya kuat. Namun jika rasa gelojak tiada aral, Mampukah sukma menahan lagi? Jika sudah pengharapan diparut, Lalu dibiar melata tiada terpaut, Maka kekallah merosak Si Hati, Yang katanya menyeksa harapan. Biarlah peristiwa lamaContinue reading “Menyeksa Harapan”

Aku dan Kita, Bezanya Nama

Memimpin diri itu sulitnya aneh dari lain. Rahsia segala disingkap mudah tidak risik. Selalu mengerti musabab terjadi diri ini. Kerana hanya aku, mengenali aku. Menjadi aku itu pernah kukata, sulit. Berharap sempurna pasti tiada rencana. Namun kata berputus harap ratib Si Hati. Mahu menjelma menjadi yang lain. Manusia itu bicaranya tempuh. Hanya dia yang benar,Continue reading “Aku dan Kita, Bezanya Nama”