Cinta, Rindu dan Kehilangan

Apa katamu tentang cinta?
Pastinya perasaan sayang yang disimpan.
Kataku pula, cinta itu memori indah.
Sedangkan memori itu Mahakarya Agung.

Apa katamu pula tentang rindu?
Mungkin rasa kehilangan yang memendap di hati.
Aku berpandangan rindu itu satu kewajipan,
kerana memilih tidak rindu itu jauh lebih berat.

Bagaimana rasanya kehilangan?
Menganggap orang yang tiada satu kebenaran.
Sedangkan aku, kehilangan ialah penghujung kesetiaan.
Kerana pada akhirnya, luruh juga mawar di pohon.

S.H. XIV-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published.