Cinta

Berbicara cinta itu boleh jadi indah bagi ramai orang.
Bahkan ada yang bermati-matian mempertahankannya.
Justeru aku sendiri, cinta sejati itu tinggilah sulitnya.
Mungkin sahaja inti perasaan itu belum aku temui.

Perlukah aku soalkan, cinta itu pentingnya apa?
Boleh jadi semua orang melawan kata-kataku.
Malah sekarang aku sendiri ragu-ragu dengan kebijakanku.
Bayangan berpasangan menjadi igauan buruk tidurku.

Apabila kudrat tidak berdaya lagi menahan rasa,
Maka rasa disayangi orang lain adalah pengubatnya.
Banyak kali juga sudah aku katakan, cinta menyeksakan.
Bahkan cinta memenjara, merosak, mengaburi dan melemahkan.

Itu pandanganku tentang cinta manusia.
Boleh jadi kita berselisihan pandang.
Namun seperkara wajib sepakat yang aku tahu,
Cinta itu mendewasakan.

S.H. XVI-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *