Derapan Rindu

Terasa janggal jari ini memetik kekunci,
Yang pernah menjadi samudera idea,
Terhadap seharian kisah berita,
Tentang aku dan mereka.

Kulayangkan pandangan ke sini,
Dengan harapan membawa cerita baharu,
Terkait bagaimana hebat aku telah jatuh,
Ke dalam lembah rindu yang menyeksakan.

Telah kuulang takterkira banyak,
Bahawa aku tidak mampu menahan sebak,
Mengenangkan jauhnya jarak kita,
Meskipun dianggap imaginatif pengarangnya; aku.

Kuucapkan selamat buatmu sepanjang kesunyian,
Namun kutahu tiada apa yang diubah akibat itu.
Yakinku kamu masih tidak terlupakan,
Mengenai jauhnya aku pergi tanpa alasan.

Derapan rindu itu bunyinya terlalu mengusik,
Memenuhi segenap ruang bilik persendirianku,
Yang terletak di lorong terdalam jiwa ini,
Yang kamu juga pernah menyelia giatnya perasaan.

Tanggal ini telah kupilih secara aman,
     sebagai tanda kesunyian yang terdalam,
     namun hakikatnya bangkit menentang kegalauan.

S.H. VIII-XII-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *