Hidup Sendiri

Hidup di dunia yang fana.
Sifat muasalnya adalah bersendiri.
Jika sedih dikesat matanya.
Jika lelah direbah badannya.

Kiranya duga Dia tidak berperi.
Tiada aneh bagi makhluk jenis ini.
Turunnya petaka juga kerana tangan ini.
Mesti tergelap saat berjuang di medan.

Hidup dengan sendiri ini.
Bukanlah halang jaya di depan.
Hanya peluncur memaju pantang.
Tak biasa kerah terkulai di jalan.

Berdiri sendiri itu hikmah.
Susah senang mudah bicara.
Kepada Tuhan kita serahkan.
Dengan tekad kita teruskan.

S.H. X-II-MMXXI 

Leave a Comment

Your email address will not be published.