Ikrar Janji

Di tepian pusara ini,
Terjelma segala kenangan,
Yang pernah menghiasi,
Suratan kebersamaan.

Tatkala pemergian ini tiba,
Telah kubayangkan,
Betapa taktermampuku,
Melupa ikrar janji kita.

Saat inilah jua,
Kuterasa kesunyian malam,
Bagai menusuk ke teras terdalam,
Peti ingatan yang terkunci.

Kumeminta bayu ini,
Meragut jauh segala pedih,
Mengering pulih segala luka,
Agar termampu kutahan.

Untaian kata ini tiada maknanya,
     sekiranya terpilih kamu itu telah tiada.

S.H. V-I-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *