Inkarnasi Tidak Berpenghujung

Siapa sahaja yang mampu sangka,
Bahawa tatkala hati ini pecah dan hancur,
Mampu hati ini kembali menjadi satu,
Bahkan hilang segala bekas cacat itu.

Sekiranya segala yang dibuat hari ini,
Menjadi beratnya membenci,
Pasti terpalit juga baiknya dahulu,
Memastikan kemaafan memuncak sendiri.

Pernah aku fikir tentang itu,
Iaitu betapa manusia mudah melupa,
Namun jika sifat itu yang dibuatnya,
Rugi sahaja menjadi manusia.

Lebih-lebih lagi jika besar dosa itu,
Bahkan parah lagi meluka hati,
Tetap akhirnya terubat sendiri,
Oleh bayu kenangan terlipat indah.

Mungkin ini hanyalah satu inkarnasi,
Jadi tidak terasa jiwa yang sama,
Walau tidak berpenghujung sifatnya,
Sanggup menanggung sebenarnya yang menjamin.

Jika hati boleh menjelma menjadi lain,
Aku harap hidup aku tidak berulang lagi.

S.H. VIII-VI-MMXXI
Become a Patron!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *