Jangan Pergi, Malam

Tatkala bola mataku memerhatikan bulan,
Perasaanku tenang tidak terperi,
Dek kerana keindahan objek cakerawala itu,
Fikiranku terbang bersamamu.

Ramai di sini mengatakan bermacam-macam,
Bahawa kegilaanku memuncak tinggi,
Apabila aku katakan yang ditunggu,
Itulah engkau, mahadewi pujaanku.

Sayang sungguh aku terhadap malam ini,
Dapatku merasakan kehadiran jiwamu,
Setelah berpenat lelah di siangnya,
Oh, mungkin telah buta aku dibuatnya.

Namun, setelah warasku kembali,
Bertegang uratku mencari bayangmu,
Yang tatkala matahari menggantikan bulan itu,
Hanya aku sendiri berteman kecewa.

Andai pilihanku tidak lain selain kepalsuan,
Pintaku satu - Jangan pergi, malam.

S.H. XVII-VII-MMXXI

Jangan Pergi, Malam | Dari Kertas ke Skrin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *