Jika Kamu Tidak Melupa

Bagi aku, kehilangan mengajar makna kesediaan.
Di dunia yang penuh dengan kejutan,
Menggenggam Bulan pun tiada aneh mustahilnya.
Intinya, bersedih dalam kesiagaan itu lebih bijak daripada sebaliknya.

Namun, bicara soal kehilangan ini,
Tak mampu aku nafikan aku merinduimu.
Kamu yang selalu ada membenar wacanaku.
Kamu yang menadah telinga mendengar puisiku.

Aku sering menganggapmu Mahadewi.
Yang selalu membenarkan kepalaku berteduh.
Daripada kejahatan duniawi dan manusia
Oh, terpesona aku tiada percaya.

Namun sekarang kamu Mahaderita.
Ketiadaanmu merangsang aku berjalan tanpa hala.
Luluhnya jantung ini hanya akibatnya sengsara.
Terpaku, tersepit, terasuk dan terkulai.

Boleh sahaja aku bangkit dan berubah,
Hanya itu jika kamu tidak melupa.
Kesengajaan ini menolak aku menyimpan kesumat.
Doakan sahaja bahagia aku hadir dengan merela.

S.H. XVI-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *