Kecapi Pilu

Sedih aku mungkin sepi,
Belum terpecah pekung di sisi,
Namun jika di neraca kecewa,
Pasti aku pemenangnya.

Menanam harap pasti sesal,
Kerana tuannya terima bukan abadi,
Boleh jadi hari ini gian mengasuh,
Esok-esok terus berubah rapuh.

Nada dan melodi cinta,
Tidak boleh diterjemah notnya,
Kerana sifatnya cinta itu,
Zahir di samaran, tidak pernah nyata.

Andai bunyi cinta belum diyakini,
Kecapi pilu medium penyaman,
Supaya hati yang tertusuk pedih,
Kembali gembira dalam kesendirian.

Jika kita berdua bersama,
     Pasti, lagu sedih aku dendangkan.

S.H. XXVI-III-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *