Kepudaran Cinta

Terkadang aku ini pernah berhenti,
Di persimpangan tajam antara dua haluan,
Antara menjadi diri sendiri,
Atau bersedia menjadi abdi sang pengarah.

Sudah pasti kalian mengatakan aku gila,
Kerana tidak pernah mencuba berhenti,
Daripada menurut sahaja kata dia,
Sehingga menjalar kekesalan dalam jiwa sendiri.

Namun aku berharap dapat berfikir lain.
Aku bukanlah tidak mempertuankan diri,
Bukan pula menggadaikan keteguhan,
Tetapi kebahagiaan yang kucari telah kutemui.

Memang jujur tiada layanan sebaik yang dibayar.
Aku bukanlah Si Dungu yang tidak pandai mengira.
Intinya aku mahu dia sentiasa memenuhi pandangan,
Kerana cintaku terhadapnya tidak pula berkurangan.

Kepadamu kekasih hati yang kudambakan,
Aku kini duduk di sudut yang terendah kumampu,
Agar sekiranya masih ada sisa sayang yang disimpan,
Aku tetap dicari untuk mengubah kembali.

Setakat itu sahaja luahanku,
     lelaki yang tidak mengenal erti kepudaran cinta.

S.H. XIII-XII-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *