Kesaktian Penantian

Dikatakan orang banyak,
Menunggu waktu yang sesuai itu,
Penyeksaan terhebat umat manusia,
Kerana tak mampu menilai jauh itu.

Begitulah di mana aku di sini,
Menongkah segala pandangan ramai,
Dengan terus menadah ke langit,
Memohon ketibaan kamu kembali.

Di pangkuanku ini pernah kamu katakan,
Bahawa tidak pernah sekali pun terluka,
Hati itu kerana kurangnya aku,
Yang hampir membuatku lega seribu kali.

Ironinya, kembali aku menjadi resah,
Menanti segala yang lama berulang lagi,
Agar hati ini yakin dan pasti sepastinya,
Bahawa penantianku membawa pergi duka.

Oleh itu, kembalilah apabila telah kau selesa,
Yang pernah kujadikan candu bahagia,
Walau dipertikai orang di sekeliling,
Kesetiaanku menjadi saksi keikhlasan.

Aku harap penantianku ini penuh kesaktian,
Mengubah dunia sesuai kehendak kita.

S.H. XX-VII-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *