Kita yang Terlupa

Dalam mengejar segala yang dihajatkan,
Sejuta kudrat lagi pun akan aku bentangkan,
Kerana keyakinanku teguh akan balasan,
Bahawa yang baik kembali kepada asalnya.

Sekiranya dibicarakan dengan tulus,
Ketenangan abadi itu takterdapatkan,
Kerana sering aku mengusap kepala,
Cuba menelan segala kekecewaan.

Dengarlah bagi yang masih berkefahaman,
Selalunya kita terlupa jauh,
Bahawa dunia yang seisinya ini,
Bukanlah sebagai petanda ketenangan.

Akibat percaya akan bahagia rekaan,
Aku akhirnya tenggelam ke dalam bahtera kesakitan,
Kerana pernah diyakini akan hebatnya kemegahan,
Sehingga diingkar hakikat kembalinya ke pangkuan.

Aku masih merasai kesakitan kehilangan.
Mungkin kerana aku hanyalah manusia lazim,
Yang sering terigau akan bahayanya menjadi tuan,
Kepada dunia yang merajai hati dan perasaan.

Sebenarnya kitalah yang sering terlupa,
     Atau sengaja melupakan,
     Hakikat sakitnya berpaut pada dunia.

S.H. XXVII-VII-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *