Kukorban Jiwa di Samping Tertawa

Walau belum hati ini percaya,
Akan kekuatan cinta ini,
Tetap digenggam tekad dalam dada,
Bahawa dijaga hati, dibelai rasa.

Namun, takseperti yang dibayangkan,
Dek mahu melengkapi semuanya,
Hampir terjerlus dalam sebelah kaki,
Ke dalam hampa keterpaksaan.

Sempat juga aku menoleh,
Disaksi bayangan gelap keyakinan,
Terhadap suatu rasa yang dihiaskan,
Dengan pengharapan hebat Sang Manusia.

Demikian juga aku melarikan rasa,
Agar tidak terbeban hati ini,
Daripada dicintai oleh lainnya,
Bahkan, kukorban jiwa di samping tertawa.

Penyaksian cinta ini gah di mata,
Walau aku duduk meratap nasib terkecewa.

S.H. XXVI-I-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *