Lain Tanggapan

Selalu difikir siapa hebat,
Antara dua durjana dunia,
Menyaingi kuat reguan,
Cukup dianggap belum sempurna.

Sungguh pertembungan kita tidak dirancang,
Harap aku adilnya diberi rasa,
Namun jika dilanggar hukum dunia,
Pasti hancur luar dan seisinya.

Pacuan roda dendam aku pecutkan,
Demi mencapai kehendak kita,
Tetapi difikir kembali ini cacat,
Kerana ada muslihat di balik tawa.

Pengakuan diberi ikhlasnya dari hati,
Aku berhenti di sini pisahkan kita,
Jika diubah syaratnya berjaya,
Pasti mafhum kata engkau aku tanggap.

Jika tanggapan dan kebenaran itu lain,
tidak bersedih kerana di lubuk bobrok kita hidup.

S.H. XXIX-V-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *