Lebih Bahagia

Berlegar di kaki lima itu.
Aku lihat engkau begitu benar gembira.
Terkenang wajah itu pasti menyedarkan aku.
Bahawa bahagia itu pernah terasa dahulu.

Tekanan dan asakan yang bertandang.
Belum ada tanda berakhir kelak.
Hingga memaksa aku dan engkau melupa.
Apakah makna erti si bahagia itu.

Di pohon mawar liar aku naskhahkan.
Satu rahsia di balik sedihnya kita.
Bahawa sesusah si mawar liar hidup.
Berhak semua mendapat bahagia.

Duhai teman pendendang asyik jiwa.
Mahukah aku ingatkan semula.
Bahawa aku dan engkau.
Dua mawar yang berhak bahagia.

S.H. XII-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published.