Lecur Merah Air Leganya Menunggu balas itu perkara bodoh Bahkan mengharapnya sahaja tiada hasil. Kamu tahu manusia tiada penuh jiwanya, Selalu sahaja berkehendak lainnya. Bosan dan berpatah harap? Itu katamu wahai perosak bicara. Kataku, penyantun biadab, cukup, Hanya pernah membalas melebihnya. Jika itu peluang membaik luka, Apa perlunya lagi menunggu. Teruskan dan menyurailah, Mafhum hati berkehendak demikian. Jika pernah teracuh api, Lecur merah air leganya. Balikan bicara mencecah amarah, Azab manusia jauh mendepan. Kita, selalu melampaui apa sahaja. S.H. XXI-II-MMXXI Published by Mohamad Asman View all posts by Mohamad Asman