Lelah Itu Tidak Membawa Imbuhan

Ramai manusia hilang arah ketika menilai cinta. Terkadang digunakan neraca harta untuk memberi tempat kepada cinta. Mungkin juga digunakan neraca ikhlas, tetapi ingin aku tanyakan kembali kebenarannya, bagaimana tepat neraca ikhlas itu?

Terkadang aku meratap perginya rasa cinta. Mungkin disebabkan pemikiranku yang kusut, jauh untuk menilai terlalu baikkah cinta itu untuk aku berbuat demikian. Sedangkan pancaran hikmah jauh lebih mengalahkan.

Saat aku memahami kenapa aku begitu tidak matang dalam berfikir, aku selalu berniat menegur manusia di sekelilingku tentang perbuatan mereka. Tetapi aku terhenti kerana aku berpendapat itu lebih kebudak-budakan. Bahkan, aku sendiri pun banyak khilaf dalam membuat keputusan.

Namun pesananku, jika cinta itu dirasakan memedihkan, tenanglah kerana kehilangan cinta itu jauh lebih memudaratkan.

Walau macam mana indahnya cinta, aku kekal berpendirian lelah itu tidak membawa imbuhan.

S.H. VIII-VI-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *