Lelah

Hidup ini adalah mainan.
Kadang-kadang hidup menyeronokkan.
Banyak pula membosankan.
Cabaran yang diberi, tak terduga tahapnya.

Terkadang,
hidup ini umpama bulan pula.
Cepat berubah cerahnya.
Kejora hampir hilang terus ia.

Sebagai insan,
kita penat dan lelah.
Lelah memahami apa yang nak dibuat di dunia.
Terkadang keliru adakah wujud hidup selepas mati?

Sebagai insan,
Lelah selalu kerana pilihan yang dibuat.
Bukan kehendak mutlak sukma,
tetapi hanya boneka manusia banyak.

Berbalik kepada nyata,
kita ikut sahaja arus yang membawa,
kerana akhirnya, kita adalah manusia.
Tak berdaya menghalang rencana.

S.H. XXXI-I-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *