Mahadewi Syurga

 
Mahadewi Syurga katanya
Darjat yang dicanang-canang 
Terkias di mulut pemuja cinta 
Tiada pergi cela di muka

Makhluk Agung Ilahi 
Tak terbanding indah walau cakerawala 
Sendu jiwa pun tak keruan 
Nafi apa tak tertanggung 

Begitulah sifat muasal Si Manusia khilaf 
Gemar mendengar tidak memikir
Perasaan di sukma menjadi aula 
Biasa menghias nama biar tidak serupa 

Masihkah dia ingat dahulu 
Cela hebat Si Manusia ini 
Kaki tersepit bertulang ampuh 
Tak terganggung payah hidup kurnia Yang Esa 

Begitulah aneh hidup Si Manusia 
Rela berpayah demi berbahagia 
Bukan dosa kita bicara 
Hanya ingatan takut terlupa 

S.H. XXII-I-MMXXI 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *