Malam yang Dirindui

Malam ini, biasalah tempat aku di sini,
Memandang rembulan tidak berdekatan,
Walau kuseru semangat rembulan itu,
Tidak kesampaian menutup rindu ini.

Berpeluk tubuhku menunggu yang dahulu,
Apabila pernah kita berjanji setia,
Untuk terus ada untuk kedua-duanya,
Walau apa jua ombak yang membadai.

Namun, bukanlah salahmu hal ini berlaku,
Yakni perpisahan menyayat hati banyak orang,
Kerana yakinku kepada Tuhan itu teguh,
Bahawa perancangan-Nya tiada pengaruh cacat.

Cuma dari kejauhan malam ini,
Aku mula menyorot kembali semuanya,
Memori indah pernah kita cipta itu,
Ah, makin lama makin kusut aku dibawa.

Kepada Tuhan yang nama-Mu kudendang selalu,
Lindungilah malam yang dirindui ini,
Agar kesetiaan lama kami terus membumi.

S.H. XIX-VII-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *