Malam Malam, aku terjaga Disinggah kantuk meski mata terbuka Berjalan mundar mandir Memikir beban hari esok Aku lelah Penat dan putus asa Menghadap beban nista Menepis piutang banyak terlupa Gelap mata memejam Hilang tumpu terkejang Masih belum berjumpa Kaedah keluar dari semua bala Malam Adakah engkau dengar Keluhan lelaki yang berbicara ini Malam Sudikah engkau khabarkan kepada Bulan Pesan padanya terangkan lagi cahayanya Kerana lelaki ini perlulah suluhan Untuk terus berjalan Malam Mampukah engkau khabarkan kepada awan Cepatlah membunting di sini juga Kerana lelaki ini perlukan basuhan Untuk terus rasa segar Ada orang bertanya Mana datangnya ilham Aku menjawab Tiada arah datangnya Ilham datang tidak bersurat Malah tidak berbunyi Gerangan ilham datang Sebenarnya bila engkau rasa Hati engkau sempit gelap-gelita. Mesti engkau tertanya Apa sambungan lelah dan ilham Rupa-rupanya, engkau juga terlupa Bahawa bila mana engkau berasa susah Tuhan datang bawa cara Dan cara itu, ilham selesai masalah tiada terasa. Aku tidak marah engkau terlupa Kerana pada akhirnya Malam mengingatkan engkau Betapa leka engkau menghadap bala dan bencana Bagai tiada cerah pada hari esok. S.H. X-VII-MMXX Related Published by Mohamad Asman Mohamad Asman merupakan seorang penulis blog dan pemuisi dari Kuala Rompin. View all posts by Mohamad Asman