Melarutlah Malam Telah berfikir keadaan aku, Bagaimana kiranya kita berjumpa, Dalam alam aku menyusur hina, Akankah aku diterima? Hari-hariku selalu dihantui, Bukan asing malah diriku sendiri, Rasanya memenjara dari dalam, Dalam menyulitkan kerahsiaan. Kesalahan lampau itu pernah kulupa, Namun memori dunia ini sifat hebat. Mungkin kamu melawan menghapus, Namun musuhmu sifatnya abadi. Duduk di sini berteman rembulan, Dayaku tiada daya lagi merencat Bumi, Hanya satu yang aku mahu, Melarutlah malam. Aku selalu berpandangan Bahawa melebihlah malam, Moga kegelapan, menerangi sukma yang bersembunyi. Malam, hancurkah aku ditelan siang? S.H. XXII-II-MMXXI Nota: Mungkin malam memberi kesamaran kepada manusia, namun bagi saya, untuk lebih merasa ikhlasnya dunia, tunggulah malam, kerana sinaran malam bukanlah pura-pura. Published by Mohamad Asman View all posts by Mohamad Asman