Melengkap Kesunyian

Mungkin sebenarnya memang sulit,
Bagi sesiapa pun di dunia ini,
Mahu mengisi sunyinya hati kita,
Yang kekosongan tanpa berita.

Mungkin tidak mudah jika kita,
Menghilang kekecewaan yang wujud,
Akibat percaturan tidak lengkap,
Yang akhirnya memakan sukma kita.

Mungkin juga tiada jalan untuk kita,
Merasa adanya kita membaik dunia,
Kerana belum mampu menerkam,
Liku-liku duri yang ditabur.

Sungguh tak enak untuk kita,
Melaku budi dengan satu pengharapan,
Di keadaan yang terlalu memaksa,
Kita menjadi yang terburuk segalanya.

Jika mahu melengkap kesunyian,
     sungguh aku belum sesuai untuk kita.

S.H. VIII-III-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *