Meletak Taruh Tanpa Ramalan

Mencinta itu harapnya semua,
Disayang keberadaan menjadi pengubat.
Impian bersama itu amatlah utama,
Nescaya sedar kita sentiasa ada.

Namun katanya memanglah sifat,
Mudah juga madah bertutur cinta,
Belum endah kesan memberi harap,
Kerana keliru pasti sendiri perangkap.

Mungkin tiupan angin malam ini,
Memberi seribu lagi harap kita,
Agar membersih kotornya cinta,
Yang direka bagi mudahnya dunia.

Sungguh perlu dimaaf kerana sengaja,
Meletak taruhan tanpa ramalan,
Aku cuba biasa mengundur,
Harap sakit kurang terasa.

Aku, belum bersedia.

S.H. VIII-III-MMXXI 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *