Membenci Cinta

Tabiat memerhati cinta terperi,
Melengkap semua rasa di hati.
Berharap agar fikirannya selari,
Oh, seindah sejoli, menarik bukan?

Jalan iringin berdua di taman,
Berkongsi apa jua kisah dipahat,
Daripada beberapa butiran cinta,
Menjadi keyakinan hidup bersama.

Asmara yang dijalin setara,
Cukup menjelaskan betapa hebatnya,
Pasangan merpati menjadi realiti,
Mengharap segalanya melonjak girang.

Ah, sungguh berhalusinasi jiwa ini.
Bahkan pajakan belum ditebus,
Jiwa yang rosak sebenarnya kelakuan,
Luka lama ditindih lecur baharu.

Pada hari bertautnya puisi,
     Kuhadiahkan rentetan peringatan,
     Buat mereka yang membenci cinta.

Selamat Hari Puisi Sedunia
S.H. XXI-III-MMXXI










Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *