Memberi Kerinduan Sebuah Harga

Turutan kata bersulam kesal,
Lemparan bertalu menjadi pilihan,
Itulah kamu, ketika aku di sini,
Juga hilang arah, tujuan dan roh.

Ah, peliknya tiadalah,
Percandaan ini jelaslah amat,
Kataku, manakan jadi pisahnya kita,
Yakin bertakhta selalu teratak kita.

Namun selalu sahaja yang bodoh itu aku,
Tiada endah langsung petanda apa,
Bakal menyempadan bukan darat,
Malah batin sembunyi tercerainya kita.

Sungguh menyesal itu aku rasakan,
Kadang serahan Tuhan pun was-was,
Mahunya kita kemuncak terurai,
Mahu berserah pun berkudrat juga.

Untuk memberi kerinduan sebuah harga,
    seribu aku pun belum mampu diceritakan.

S.H. XIII-III-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *