Mencabar Bumi

Aku kira, situasi kita ini tidak biasa.
Jalani hidup penuh rasa bersalah.
Bukanlah pilihan yang kita impikan.
Berharap sinar baru mengabur pemerhatian.

Selalu sahaja kamu mencabar Bumi,
Dengan tingkah tidak memerihal.
Memaksa jiwa dan rasa gelojak.
Berontak seiring gempa melangit.

Biasalah manusia sering melulu.
Harga dan nilai bersifat duniawi.
Menjadi ikutan pemuja kekasih.
Musnahnya cinta mustahil berlaku.

Cinta tenteram itu yang aku mahukan.
Sebaliknya keruan dan nirarah hati ini.
Namun satu hal tiada aku kesalkan,
Kamu membentukku.

Aku cinta kamu.

S.H. XVII-II-MMXXI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *