Mengejar Bayang-bayang Kesempurnaan

Menapakkan kaki di atas Bumi ini,
Kian menyedarkanku tentang satu hal,
Yang dilupakan hebat sepadang manusia,
Bahkan, kesedaran ini juga menjengah rawaknya.

Inti kesempurnaan yang dicari-cari itu,
Sebenarnya berterbangan halus tingginya,
Tanpa mampu tercapai tangan-tangan ini,
Meski dibentang sejuta bentuk kudrat.

Dalam mengejar bayang-bayang kesempurnaan,
Aku terkandas, menenang dada keletihan,
Kerana mencari yang jauh itu besar tekadnya,
Namun, ada jiwa sedia mengorbankan nikmat.

Kubicarakan pula tentang kekemasan cinta ini,
Yang pada hemat kita, hampir sempurna,
Hanya demi memuaskan keinginan agung,
Dan memenuhi kekurangan dunia semata-mata.

Berbeza pula hasil tuaian pengorbanan ini,
Tatkala dianggap tidak terpadu semangat ini,
Dalam menjadi antara yang terhebat,
Perihal melindungi cinta daripada duri kegalauan.

Didoakan dengan ikhlasnya akan sebentuk cinta ini,
     terus mekar indah,
     andai perlunya aku menaruh sejuta lagi kesakitan.

S.H. IX-II-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *