Mengira Berapa Jengkal Jauhnya Hati

Aku juga manusia,
Yang berintikan rasa dan pemikiran,
Andai diamati pola penilaian ini,
Sudah tentu aku telah terbabas jauh.

Pernah aku mengharapkan penuhnya impian,
Bersama-sama mereka yang kuanggap teman,
Serta sosok tubuh penyejuk kesedihan,
Namun, aku tetap silap menilai kemahuan.

Sebenarnya jaraklah yang memisahkan kita,
Walau takterendah dirimu akan hal ini,
Namun, sumpahku cakaran kecewa ini,
Banyak membekas di sekeliling hati.

Kemudian, aku mungkin terus melilau,
Mencari di mana sumber pencerahan,
"Kami di sini. Pasti aku kautunggu, kan?"
Berkorbar tinggi semangatku untuk terus hidup.

Malangnya itu hanyalah permulaan,
Yang kian dicari akhirnya takditemukan,
Kerana mereka hanya mencuba menjadi baik,
Tetapi mengharap bersungguhnya, aku juga yang naif.

Untuk tiap-tiap kali penjelajahan minda ini,
Aku berharap aku diutamakan daripada apa jua,
Kerana kupercaya usaha harusnya ditimbalkan kembali,
Sebaliknya, aku terus meratap kesunyian ciptaan sendiri.

Dalam mengira berapa jengkal jauhnya hati,
     Aku belajar bahawa kita hanyalah maruah sorakan penipuan,
     Oleh mereka yang terus berpura-pura merasa selesa.

S.H. XXVII-II-MMXXII

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *